Overprotective Parenting: Senyap-Senyap Buat Anak Tak Boleh Survive di Sekolah

Di sekolah, anak bukan hanya belajar membaca, mengira dan menulis. Mereka belajar sesuatu jauh lebih penting iaitu survival skill. Cara menangani tekanan, berkomunikasi, mempertahankan hak, menyelesaikan konflik, dan membina keyakinan.

Namun hari ini, ramai ibu bapa tanpa sedar menjadi terlalu overprotective. Pengalaman ini kami lihat sendiri depan mata, ramai pelajar yang sudah mencapai umur 10 tahun tetapi malu tanpa sebab, risau tanpa sebab, tidak boleh ditinggalkan mak & ayah. Tidak berani bercakap sendiri walaupun mahu minta ke tandas. Mak ayah perlu duduk depan mata.

Niat asalnya baik, nak lindungi anakTetapi kesannya? Anak jadi tak bersedia menghadapi dunia sebenar.  Berikut kami kongsikan kesan ibu bapa yang terlalu overprotective.

1. Anak Tak Tahu Urus Konflik

Di sekolah, konflik kecil antara rakan sebaya memang normal. Tetapi bila ibu bapa cepat masuk campur setiap kali anak menangis atau mengadu, anak tak belajar:

  • macam mana nak pertahankan diri

  • macam mana nak bercakap bila ditekan

  • macam mana nak kawal emosi

Anak yang selalu “diselamatkan” akan jadi takut berdepan situasi yang mencabar.

2. Anak Hilang Keyakinan Untuk Berdiri Sendiri

Terlalu melindungi anak membuatkan mereka fikir dunia luar sangat bahaya.
Hasilnya?

  • takut join aktiviti

  • takut bergaul

  • takut mencuba benda baru

  • takut gagal

Anak jadi overdependent dan selalu tunggu bantuan orang lain.

Overprotective Parenting: Senyap-Senyap Buat Anak Tak Boleh Survive di Sekolah

3. Senang Dibuli Kerana Nampak Lemah

Ini fakta yang ramai tak mahu dengar: Kanak-kanak yang nampak takut, pasif dan tak berani bersuara lebih cenderung jadi sasaran buli. Bukan sebab mereka jahat pun tapi kerana mereka tak tahu bagaimana nak respon.

Baca Lagi : Taekwondo Sebagai Brain Gym, Bantu Anak Lebih Pantas Berfikir

4. Emosi Anak Jadi Rapuh

Apabila anak tidak dibiasakan dengan cabaran kecil, bila mereka tertekan sikit saja:

  • terus meltdown

  • terus give up dan tak mahu buat

  • terus menangis

  • terus rasa dunia tak selamat

Sedangkan emosi yang stabil terbentuk daripada pengalaman kecil mengurus tekanan harian.

5. Dunia Realiti Tidak Sama Seperti Rumah

Di sekolah, anak jumpa macam-macam karakter:

  • yang garang

  • yang banyak cakap

  • yang suka usik

  • yang bossy

  • yang tak sama umur

Semua ini melatih mereka jadi matang. Bila ibu bapa terlalu “control environment” di rumah, anak terkejut bila berada di dunia sebenar.

Bagaimana Titan Combat Bantu Anak Lebih ‘Survive’

Di Titan Combat, kami fokus membina anak yang berani, kuat dan emotionally stable.

Antara manfaatnya:

✔ Latihan fizikal yang tingkatkan keyakinan diri

Anak boleh rasa kemampuan sendiri dan berani mencuba.

✔ Teknik kawalan diri dan emosi

Belajar bernafas betul, kawal reaksi dan tidak panik.

✔ Berani berhadapan situasi kompetitif

Sparring terkawal bantu mereka belajar tekanan real-life secara selamat.

✔ Mindset berdikari

Anak belajar selesaikan masalah tanpa ibu bapa.

✔ Disiplin & mental toughness

Supaya tak mudah give up di sekolah atau bila kena cabaran sosial.

Titan Combat bukan sekadar tempat belajar martial arts.
Ia tempat membina anak yang kuat fizikal, emosi dan mental, bersedia menghadapi dunia sekolah dan kehidupan sebenar.

Minat untuk daftar anak anda di Titan Taekwondo? KLIK SINI

Similar Posts