Apa Jadi Bila Belajar Martial Art Tanpa Didikan Adab & Etika?
Pernah tak kita terfikir…
Apa akan jadi bila seorang anak kecil belajar seni mempertahankan diri, tapi tidak dibimbing dengan nilai adab, etika dan akhlak yang betul?
Seni bela diri pada dasarnya bukan sekadar tentang kekuatan fizikal. Ia tentang mengawal diri, menghormati orang lain, dan menggunakan kekuatan pada tempat yang sepatutnya. Tapi apabila bahagian itu hilang, apa yang tinggal hanyalah Gerakan kosong tanpa jiwa.
Bayangkan seorang anak yang mahir menendang dan menumbuk, tapi tidak tahu menundukkan diri bila memberi salam.Atau seorang remaja yang pantas di gelanggang, tapi meninggi suara bila ditegur jurulatih hatta ibu & ayah nya sendiri.
Lama-kelamaan, yang lahir bukanlah seorang fighter sejati, tetapi seorang dilatih dengan Keangkuhan, Kesombongan dan Keegoaan dalam diri. Dia mungkin terasa hebat di mata sendiri, tapi hakikatnya hilang nilai paling penting dalam dunia seni mempertahankan diri iaitu rasa hormat.
Dan dari situ muncul pula satu masalah lain “Penyalahgunaan ilmu”. Apa yang sepatutnya digunakan untuk melindungi diri, kini digunakan untuk menunjuk kuasa, memeras ugut, menindas dan membuli yang lemah. Apa yang sepatutnya mendidik hati, akhirnya merosakkan jiwa.
Kesan jangka masa panjang ia juga menjurus masalah gangsterism dan buli yang yang semakin paras membimbangkan di negara kita.
Baca Lagi : Interaksi Sosial Jadi Cabaran Besar Kanak-kanak Kini
Kami Percaya Ilmu Harus Disulami Dengan Nilai
Di Titan, kami tidak sekadar melatih tubuh, tapi kami juga membentuk jiwa. Setiap sesi bukan hanya tentang tendangan atau pukulan, tetapi tentang adab, disiplin, tanggungjawab, dan rendah diri. Di sinilah pelajar belajar bahawa kekuatan sebenar bukan terletak pada fizikal, tetapi pada sikap dan hati yang beradab.
Kerana bagi kami, kehebatan sebenar bukan terletak pada siapa yang paling nampak kuat diluar, tapi siapa yang paling mampu mengawal diri ketika dia mampu menguasai orang lain.
Itulah nilai yang kami tanam dan semai dalam setiap pelajar Titanians, supaya mereka bukan sahaja menjadi juara di gelanggang, tapi juga jadi manusia yang berakhlak di luar gelanggang tapi kekal dengan jiwa fighter sejati.
🥋 Titan — Bukan Sekadar Kekuatan Fizikal, Tapi Kekuatan Jiwa.
