Kes Buli Di Sekolah Terus Meningkat Ke 6,0000 Pada Tahun 2024
Statitik Tahun 2024 Menunjukan kes buli terus meningkat ke rekod buruk hingga mencecah 6000+. Namun sebenarnya ada banyak lagi kes yang tidak dapat di rekodkan..
Statitik Tahun 2024 Menunjukan kes buli terus meningkat ke rekod buruk hingga mencecah 6000+. Namun sebenarnya ada banyak lagi kes yang tidak dapat di rekodkan..
Bagaimana Pembuli Memilih Mangsa
Seorang budak boleh dibuli di sekolah bukan sebab dia buat salah pun — tapi semata-mata kerana dia nampak lemah, takut-takut, dan tak tahu cara nak melawan. Bukan melawan dengan tangan, tapi dengan keyakinan diri.
Sebenarnya, dalam banyak kes, pembuli bukanlah berani sangat pun. Mereka cuma mencari mangsa yang mudah dikuasai, senang dimanipulasi, dan nampak tak yakin pada diri sendiri — yang bila ditengking, hanya tunduk dan diam, bukan berani pandang semula walau dengan mata.

Kenapa…?
Kenapa si pembuli tak kacau pelajar yang nampak yakin dan berani? Sebab secara psikologi, pembuli akan elak orang yang mereka rasa mampu ‘melawan’. Walaupun lawan tu tak angkat tangan pun, tapi dia berdiri tegak dengan yakin.

Bagaimana Nak Bantu Anak Elak Jadi Sasaran Buli
Kebanyakan kes buli tak bermula dengan pergaduhan. Ia bermula dengan ketakutan yang nampak pada wajah dan bahasa badan anak — cara dia berjalan, bercakap, atau bila ditegur. Pembuli boleh ‘bau’ keyakinan yang lemah dari jauh.
Tapi berita baiknya, keyakinan diri boleh dibina.
Sebagai ibu bapa, kita boleh bantu anak elak jadi mangsa buli dengan 3 perkara utama:
1. Bina Keyakinan Melalui Aktiviti Fizikal
Aktiviti seperti Taekwondo bukan sekadar ajar anak menendang dan bertumbuk. Ia ajar anak untuk berdiri tegak, berani pandang mata orang, dan percaya pada kemampuan diri sendiri. Anak yang yakin tak mudah diganggu — sebab pembuli tahu dia bukan mangsa yang mudah.
2. Latih Anak Berani Suarakan Diri
Ajarkan anak untuk berkata “Jangan ganggu saya” dengan suara tegas, bukan marah, tapi yakin. Kadang bukan kekuatan fizikal yang menakutkan pembuli, tapi suara yang berani dan yakin.
3. Tanam Nilai Hormat dan Empati
Anak yang kuat bukan yang suka melawan, tapi yang tahu bezakan antara mempertahankan diri dan mencederakan orang. Dengan cara ni, mereka bukan saja elak jadi mangsa, tapi juga takkan jadi pembuli.
Di Titan Taekwondo, kami percaya setiap anak boleh jadi kuat — bukan semata-mata di gelanggang, tapi dalam kehidupan seharian.
Keyakinan diri, disiplin, dan keberanian — inilah perisai sebenar untuk lawan pembuli.
Nak anak lebih berani & yakin berdepan dunia luar?
Daftar kelas percubaan Titan Taekwondo hari ini.
- 📍 Lokasi: Seksyen 7, Shah Alam [GOOGLE MAPS]
- 📆 Sesi latihan Setiap minggu
KLIK SINI UNTUK PENDAFTARAN KELAS TRIAP PERCUMA 👉🏻 KLIK SINI
📲 WhatsApp kami sekarang untuk slot percubaan PERCUMA!
👉🏻KLIK SINI
👉🏻 KLIK SINI
Baca Lagi : Kenapa Anak Anda Perlu Belajar Taekwondo
#kelastaekwondoshahla #TitanTaekwondo #StopBully #BinaKeyakinan #TaekwondoUntukAnak
