Anak-Anak Tak Perlukan Gadget Sepanjang Masa. Mereka Perlukan Aktiviti Yang Menggerakkan Tubuh
“Anak saya asyik dengan telefon.”
“Kalau tak bagi gadget, dia mula bosan.”
“Sekarang anak kurang bergerak berbanding dulu.”
Ini antara perkara yang semakin biasa didengar oleh ibu bapa hari ini.
Gadget bukanlah musuh. Teknologi juga mempunyai tempatnya dalam kehidupan anak-anak pada hari ini. Tetapi apabila terlalu banyak masa dihabiskan dengan skrin dan terlalu sedikit masa digunakan untuk bergerak, bermain dan melakukan aktiviti fizikal, perkembangan anak boleh menjadi kurang seimbang.
Sebab itu anak-anak perlukan aktiviti.
Bukan sekadar aktiviti untuk mengisi masa lapang, tetapi aktiviti yang membuatkan mereka bergerak, berfikir, mengawal tubuh dan berinteraksi dengan orang lain.
Dan inilah antara perkara yang menjadi fokus dalam silibus Titan Taekwondo khusus untuk anak-anak berumur 7-12 tahun.
Secara literial apa yang kita lihat Taekwondo bukan sekadar belajar menendang dan menumbuk.
Apabila bercakap tentang Taekwondo, ramai ibu bapa mungkin terus membayangkan anak belajar:
🥋 Menendang
🥋 Menumbuk
🥋 Membuat tendangan tinggi
🥋 Mempertahankan diri
Ya, semua itu memang sebahagian daripada Taekwondo.
Tetapi itu bukan keseluruhan pembelajaran.
Di Titan Taekwondo, kami melihat latihan anak secara lebih menyeluruh.
Setiap sesi bukan hanya tentang bagaimana anak boleh menghasilkan satu tendangan atau tumbukan.
Kami mahu anak belajar mengawal pergerakan tubuh mereka.
Bagaimana kaki bergerak…
Bagaimana tangan bertindak balas..
Bagaimana badan mengekalkan keseimbangan..
Bagaimana mata mengikuti pergerakan..
Bagaimana mereka bergerak mengikut arahan..
Dan bagaimana mereka menggabungkan beberapa pergerakan dalam satu aktiviti.
Sebab tubuh anak juga perlu belajar.
Fokus Titan: Melatih Motor dan Koordinasi Pergerakan Anak
Salah satu elemen yang kami masukkan dalam silibus Titan ialah aktiviti yang mengoptimumkan pergerakan tubuh.
Matlamatnya bukan semata-mata untuk menjadikan anak lebih kuat.
Sebaliknya, aktiviti fizikal yang sesuai boleh memberikan peluang kepada anak untuk berlatih pelbagai kemahiran pergerakan seperti:
-
Koordinasi Tangan dan Mata
Anak belajar menyelaraskan apa yang mereka lihat dengan pergerakan tangan.
Contohnya ketika melakukan latihan sasaran, mengikuti arahan atau bertindak balas terhadap pergerakan rakan dan coach.
-
Koordinasi Tangan dan Kaki
Taekwondo memerlukan anak menggunakan tangan dan kaki dalam pelbagai kombinasi.
Ini membuatkan mereka belajar mengawal beberapa bahagian tubuh pada masa yang sama.
Bukan sekadar bergerak, tetapi bergerak dengan kawalan.
-
Keseimbangan Tubuh
Cuba bayangkan anak berdiri menggunakan satu kaki untuk melakukan tendangan.
Ia memerlukan keseimbangan.
Anak perlu mengawal kedudukan badan, kaki sokongan dan arah pergerakan.
Latihan seperti ini memberikan pengalaman kepada anak untuk memahami bagaimana tubuh mereka mengekalkan keseimbangan ketika bergerak.
-
Kawalan Pergerakan
Anak bukan hanya belajar untuk bergerak dengan pantas.
Mereka juga belajar bila perlu bergerak, bagaimana hendak berhenti dan bagaimana mengawal pergerakan.
Ini penting kerana pergerakan yang baik bukan hanya tentang kelajuan.
Ia juga tentang kawalan.
-
Kelincahan dan Pergerakan
Dalam latihan tertentu, anak perlu bergerak ke hadapan, ke belakang, ke sisi atau menukar arah.
Pergerakan sebegini memberi mereka peluang untuk membina pengalaman dalam menggunakan tubuh dengan lebih aktif dan teratur.
-
Mengikut Arahan dan Respons
Ada latihan yang memerlukan anak mendengar arahan coach dan memberikan respons melalui pergerakan.
Ini menjadikan sesi latihan bukan sekadar aktiviti fizikal.
Anak juga perlu: Dengar → Faham → Proses → Bergerak.
Sebab Itu Kami Tak Mahu Anak Hanya “Duduk”
Bayangkan rutin harian seorang kanak-kanak.
Bangun tidur.
Pergi sekolah.
Balik rumah.
Makan.
Kemudian telefon atau tablet.
Lepas itu televisyen.
Kemudian tidur.
Esok ulang lagi.
Persoalannya bukan:
“Adakah gadget itu buruk?”
Tetapi:
“Dalam sehari, berapa banyak masa anak kita benar-benar menggunakan tubuh mereka?”
Anak-anak sedang membesar.
Mereka bukan sekadar memerlukan maklumat untuk perkembangan minda.
Mereka juga memerlukan pengalaman bergerak, bermain, berlari, melompat, mengimbang dan mengawal tubuh.
Apa Yang Membezakan Pendekatan Titan?
Di Titan Taekwondo, kami tidak mahu sesi latihan menjadi sekadar:
Datang → Tendang → Tumbuk → Balik.
Sebaliknya, kami menyusun aktiviti dalam silibus supaya latihan mempunyai pelbagai elemen pergerakan.
Ada aktiviti yang memerlukan:
- Koordinasi
- Keseimbangan
- Kelincahan
- Kawalan tubuh
- Respons terhadap arahan
- Pergerakan tangan dan kaki
- Interaksi dengan rakan
- Fokus semasa melakukan tugasan
Taekwondo menjadi medium.
Tetapi pembelajaran anak jauh lebih luas daripada sekadar teknik Taekwondo.
Self-Defence Tetap Penting. Tetapi Bukan Itu Sahaja.
Kami percaya kemahiran mempertahankan diri adalah sesuatu yang baik untuk dipelajari oleh anak-anak.
Mereka perlu tahu bagaimana untuk menjaga keselamatan diri dalam keadaan tertentu.
Tetapi kita juga mahu mereka membesar dengan tubuh yang aktif, yakin dan mempunyai pengalaman mengawal pergerakan mereka.
Sebab itu dalam pendekatan Titan:
Self-defence adalah salah satu komponen.
Pergerakan, koordinasi dan perkembangan fizikal adalah sebahagian daripada perjalanan yang lebih besar.
Kami mahu ibu bapa melihat Taekwondo dengan perspektif yang lebih luas.
Bukan sekadar seni mempertahankan diri.
Tetapi sebagai satu bentuk aktiviti fizikal yang tersusun untuk anak-anak.
Anak Tak Perlukan Gadget Sepanjang Masa
Gadget akan sentiasa ada.
Teknologi akan terus berkembang.
Tetapi tubuh anak tetap memerlukan pergerakan.
Jadi, daripada membiarkan masa lapang anak dipenuhi dengan skrin semata-mata, berikan mereka peluang untuk melakukan aktiviti yang membuatkan mereka:
Bergerak.
Berfikir.
Mencuba.
Gagal.
Bangun semula.
Dan belajar mengawal diri.
Kerana zaman kanak-kanak bukan hanya tentang apa yang mereka tahu.
Ia juga tentang bagaimana mereka belajar menggunakan tubuh mereka.
🥋 Di Titan, Kami Bina Lebih Daripada Seorang Atlet
Kami tidak mahu anak datang ke Titan semata-mata untuk belajar menendang.
Kami mahu setiap latihan memberikan pengalaman yang lebih lengkap.
- Belajar bergerak.
- Belajar mengawal tubuh.
- Belajar mengikut arahan.
- Belajar berdisiplin.
- Belajar mempertahankan diri.
- Dan belajar menjadi lebih yakin.
Kerana anak-anak tak perlukan gadget sepanjang masa.
Mereka perlukan aktiviti yang membuatkan mereka bergerak dan berkembang.
Tentang Titan Taekwondo
Titan Taekwondo menyediakan latihan Taekwondo untuk kanak-kanak dengan pendekatan latihan yang menggabungkan kemahiran Taekwondo, aktiviti fizikal, koordinasi pergerakan, disiplin dan keyakinan diri.
Jika anda sedang mencari kelas Taekwondo kanak-kanak yang bukan sekadar mengajar teknik mempertahankan diri, Titan Taekwondo boleh menjadi salah satu pilihan untuk anak anda.
🥋 Titan Taekwondo — Building Discipline. Building Confidence. Building Champions.
Jangan terus daftar cuba dulu dengan kelas Trial PERCUMA. KLIK SINI untuk Daftar Trial Kelas

