Punca Anak Menjadi Ganas? Dan Benarkah Belajar Martial Art Bermulanya Anak Menjadi Ganas?

Ramai ibu bapa risau apabila melihat anak cepat marah, kuat mengamuk, atau bertindak ganas tanpa sebab jelas. Persoalan paling kerap ditanya:

“Adakah belajar Taekwondo, karate, atau mana-mana martial art boleh menjadikan anak makin ganas?”

Sebelum kita menyalahkan aktiviti tertentu, penting untuk kita fahami punca sebenar kenapa sesetengah anak menunjukkan tingkah laku agresif.

1. Faktor Emosi & Psikologi

Anak kecil sebenarnya belum mahir mengurus emosi. Mereka tidak tahu cara yang betul untuk meluahkan marah, kecewa atau takut.

Antara punca biasa:

  • Tertekan di sekolah

  • Rasa tidak difahami

  • Keletihan atau kurang tidur

  • Sensory overload (terlalu banyak rangsangan)

Apabila emosi tidak stabil, tindak balas fizikal selalunya berlaku tanpa mereka sedar.

2. Pengaruh Persekitaran

Anak mudah meniru apa yang mereka lihat.

Mereka mungkin:

  • Melihat pergaduhan atau jeritan di rumah

  • Terpengaruh dengan rakan yang kuat membuli

  • Terdedah kepada kandungan ganas seperti game atau video

Persekitaran membentuk tingkah laku dan tingkah laku ganas juga adalah hasil pembelajaran.

Baca Lagi : Apa Jadi Bila Belajar Martial Art Tanpa Adab & Etika

3. Kurang Saluran Tenaga Fizikal

Kanak-kanak yang aktif memang ada tenaga lebih.

Jika tenaga ini tidak disalurkan, ia keluar dalam bentuk:

  • Gelisah

  • Susah duduk diam

  • Marah yang meletup tanpa sebab

  • Melawan cakap / menjerit

Aktiviti fizikal yang terurus sebenarnya membantu menstabilkan tingkah laku mereka.

4. Kesukaran Sensori (Sensory Issues)

Sesetengah anak sensitif terhadap bunyi bising, sentuhan, cahaya atau situasi sosial.

Akibatnya:

  • Mereka mudah over-stimulated

  • Emosi jadi tak terkawal

  • Respon yang keluar nampak seperti “ganas”

Ini bukan nakal ini keperluan sensori yang tidak difahami.

Jadi… Adakah Belajar Martial Art Menjadikan Anak Lebih Ganas?

Jawapan ringkas: TIDAK.
Malah, martial art terbukti MENGURANGKAN AGRESIF anak.

Kajian dan pengalaman sebenar dalam kelas Taekwondo menunjukkan:

1. Martial Art Mengajar Kawalan Diri

Anak belajar 3 asas penting:

  • Self-discipline

  • Self-control

  • Respect

Dalam latihan, mereka diajar bila boleh pukul dan bila tak boleh pukul, serta konsep “kekuatan bukan digunakan untuk menyakiti orang.”

2. Melatih Regulasi Emosi

Setiap sesi latihan mengajar mereka:

  • Bernafas dengan betul

  • Fokus

  • Tenangkan diri sebelum bertindak

Ini membantu mereka kawal emosi dalam situasi lain seperti di sekolah atau rumah.

3. Saluran Tenaga Dengan Cara Sihat

Anak yang hyperactive atau penuh tenaga berubah jadi lebih stabil apabila mereka ada rutin latihan berkala.

Daripada melompat dan memukul tanpa tujuan, tenaga itu disalurkan dalam:

  • Kicks

  • Drills

  • Aktiviti berpasukan

  • Disiplin gerakan

Hasilnya, tingkah laku di rumah lebih terkawal.

4. Anak Belajar Empati & Hormat

Dalam Taekwondo, setiap latihan bermula dengan:

  • Bow

  • Salam

  • Hormat pada rakan dan coach

Ini membentuk karakter dan adab yang terbawa ke kehidupan harian.

5. Martial Art BUKAN Tentang “Bergaduh”

Ramai yang salah faham.

Martial art sebenar adalah tentang:

  • Karakter

  • Kawalan diri

  • Keselamatan

  • Kekuatan dalaman

  • Keyakinan diri

Anak yang belajar martial art lebih yakin, bukan lebih ganas.

Jadi Kenapa Ada Kes Anak Belajar Taekwondo Tapi Masih Ganas?

Ini berlaku apabila:

  • Mereka tidak diajar nilai & disiplin dalam kelas

  • Tiada pemantauan daripada coach

  • Persekitaran luar lebih kuat mempengaruhi mereka

  • Anak ada isu emosi tak selesai (bukan sebab martial art)

Martial art hanyalah alat… bukan punca.

Kesimpulan

Tingkah laku ganas bukan berpunca dari martial art.
Ia berpunca dari emosi, persekitaran, dan kurang saluran tenaga.

Sebaliknya, Taekwondo atau mana-mana martial art yang betul:

  • Menstabilkan emosi anak

  • Membina karakter positif

  • Mengajar disiplin, fokus & hormat

  • Mengurangkan agresif

  • Meningkatkan keyakinan diri

Jika anda ingin anak lebih tenang, lebih yakin dan lebih terkawal . Taekwondo adalah antara martial art adalah pilihan terbaik untuk anak.

Daftar anak ke Titan Sekarang, KLIK disini untuk sebarang pertanyaan