|

Kickboxing Untuk Beginner: Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Anda mungkin pernah terfikir untuk mencuba kickboxing, tetapi masih ragu-ragu.

“Tak pernah belajar martial arts, boleh ke?”
“Kalau saya tak fit macam mana?”
“Kena pandai berlawan dulu ke?”
“Adakah kelas kickboxing hanya untuk orang yang mahu masuk pertandingan?”

Jawapannya: TIDAK

Kickboxing bukan hanya untuk mereka yang mahu menjadi fighter atau menyertai pertandingan.

Bagi ramai orang dewasa, khususnya mereka yang mahu kembali aktif, meningkatkan kecergasan dan mencari aktiviti baru yang lebih menyeronokkan, Membuat keputusan pergi ke gym dan mendaftar ahli dalam satu-satu masa adalah hal yang membosankan. Namun jika anda terfikir ada tak cara lain untuk kekal aktif tanpa menjalani aktviti tersebut jawapannya ada iaitu mempelajari combat sport seperti Kickboxing.

Jika anda seorang beginner, anda tidak perlu datang dengan pengalaman terdahulu. Apa yang lebih penting ialah kesediaan untuk belajar dan bergerak mengikut kemampuan sendiri.

Apa Itu Kickboxing?

Kickboxing ialah sejenis combat sport yang menggabungkan teknik pukulan tangan dan tendangan bersama pergerakan kaki, koordinasi badan dan latihan fizikal.
Dalam sesi latihan, anda mungkin akan melakukan aktiviti seperti:

  • Basic punching
  • Kicking
  • Footwork
  • Padwork
  • Bag work
  • Coordination drills
  • Conditioning
  • Cardio exercises

Gabungan pergerakan ini menjadikan kickboxing bukan sahaja satu kemahiran combat sport, tetapi juga satu bentuk aktiviti kecergasan seluruh badan.

Perlu Pandai Berlawan Untuk Belajar Kickboxing?

Tidak.

Ini antara perkara pertama yang perlu diketahui oleh beginner.
Anda tidak perlu mempunyai pengalaman berlawan untuk memulakan latihan kickboxing.

Malah, beginner biasanya akan bermula dengan perkara asas seperti:

  • Cara berdiri dengan betul
  • Cara bergerak
  • Basic punches
  • Basic kicks
  • Cara menggunakan kombinasi
  • Koordinasi tangan dan kaki
  • Kawalan pergerakan badan

Teknik akan dipelajari secara berperingkat. Jadi kalau anda belum pernah melakukan sebarang latihan martial arts sebelum ini, anda masih boleh bermula dari asas.

Bagaimana Kalau Saya Tak Fit?

Ini juga antara kebimbangan biasa bagi orang yang baru mahu mencuba. Ramai orang beranggapan mereka perlu mempunyai tahap kecergasan tertentu sebelum menyertai kelas kickboxing.

Sebenarnya, latihan itu sendiri boleh menjadi sebahagian daripada proses membina kecergasan anda.

Pada permulaan, anda mungkin cepat penat. Itu normal.Anda mungkin belum biasa melakukan banyak pergerakan dalam satu sesi. Tetapi apabila dilakukan secara konsisten, badan akan mula menyesuaikan diri dengan aktiviti fizikal tersebut.

Yang penting ialah jangan membandingkan tahap kecergasan anda dengan orang lain. Mulakan mengikut kemampuan sendiri dan bina kecergasan secara berperingkat.

Adakah Kickboxing Sesuai Untuk Wanita?

Ya.

Kickboxing untuk wanita dewasa semakin menarik perhatian kerana ia menggabungkan latihan fizikal dengan kemahiran combat sport. Ia juga memberikan pengalaman yang berbeza daripada workout biasa di gym. Daripada hanya menggunakan treadmill atau mesin senaman, anda boleh melakukan:

Punch → Kick → Move → Padwork → Conditioning

Pergerakan yang pelbagai menjadikan sesi latihan lebih dinamik.
Bagi wanita yang cepat bosan dengan rutin workout yang sama, elemen variasi ini boleh menjadikan latihan lebih menyeronokkan.

Bolehkah Kickboxing Membantu Menurunkan Berat Badan?

Kickboxing boleh menjadi sebahagian daripada rutin kecergasan untuk membantu meningkatkan aktiviti fizikal dan penggunaan tenaga.

Dalam satu sesi, anda melakukan pelbagai pergerakan yang melibatkan:

  • Kaki
  • Tangan
  • Bahu
  • Core
  • Pinggul
  • Sistem kardiovaskular

Namun begitu, kickboxing bukanlah jalan pintas untuk menurunkan berat badan. Perubahan berat badan bergantung kepada beberapa faktor termasuk pemakanan, jumlah aktiviti fizikal, tidur, konsistensi dan keadaan individu.

Jadi, jika matlamat anda ialah menurunkan berat badan, kickboxing boleh menjadi salah satu aktiviti yang membantu anda lebih aktif dan konsisten bersenam.

Dan bagi sesetengah orang, aktiviti yang mereka seronok lakukan lebih mudah untuk dikekalkan dalam jangka panjang.

Apa Yang Berlaku Dalam Kelas Kickboxing Beginner?

Kalau anda belum pernah masuk kelas, mungkin anda tertanya-tanya apa yang akan berlaku.

Secara umum, sesi beginner boleh merangkumi beberapa bahagian.

1. Warm-Up
Sesi bermula dengan pemanasan badan untuk menyediakan badan sebelum melakukan aktiviti yang lebih aktif.

2. Basic Technique
Coach akan memperkenalkan teknik asas seperti punching, kicking dan footwork.

3. Padwork
Anda mungkin akan berlatih menggunakan focus mitt atau pad bersama coach.
Ini membantu anda mempraktikkan teknik yang telah dipelajari dalam bentuk kombinasi.

4. Conditioning
Sesi mungkin disertakan dengan latihan kecergasan seperti bodyweight exercises, cardio atau conditioning drills.

5. Cool Down
Sesi diakhiri dengan aktiviti yang lebih ringan untuk membantu badan kembali ke keadaan normal.

Anda tidak perlu menguasai semua perkara ini pada hari pertama.
Beginner memang datang untuk belajar.

Adakah Perlu Sparring?

Tidak semestinya.

Ini perkara yang penting khususnya bagi beginner yang berminat dengan kickboxing untuk fitness.

Tidak semua orang yang belajar kickboxing mahu masuk pertandingan atau melakukan sparring.

Jika matlamat anda adalah:

“Saya nak lebih aktif, nak keluar peluh dan nak tingkatkan fitness.”

Itu adalah matlamat yang valid.

Latihan boleh difokuskan kepada teknik, padwork, movement dan conditioning tanpa menjadikan pertandingan sebagai matlamat utama.

Kickboxing Bukan Semata-Mata Tentang Berlawan

Ramai orang melihat kickboxing dan terus membayangkan pertandingan, ring dan fighter.

Tetapi bagi orang dewasa yang menyertai kelas untuk fitness, pengalaman itu boleh menjadi sangat berbeza.
Anda mungkin datang kerana:

“Saya nak kurangkan berat badan.” Atau…

“Saya bosan pergi gym.” Atau…

“Saya nak cuba aktiviti baru.” Atau mungkin:

“Saya nak aktiviti yang buat saya betul-betul berpeluh selepas kerja.”

Sebab itu kickboxing boleh menjadi pilihan menarik untuk orang dewasa yang mahu mencari aktiviti fizikal yang lebih aktif dan mencabar.

Baca Lagi : Boleh ker Belajar Taekwondo Masa Dewasa?

Umur 30-an, Masih Boleh Mula Kickboxing?

Sudah tentu boleh.

Anda tidak perlu menjadi atlet sejak muda untuk memulakan aktiviti baru.
Jika anda sudah lama tidak bersenam, mulakan secara berperingkat.

Beritahu coach bahawa anda seorang beginner supaya latihan boleh disesuaikan dengan tahap pengalaman dan kecergasan anda.

Matlamatnya bukan untuk terus menjadi hebat pada hari pertama.

Matlamatnya ialah:

Datang → Belajar → Bergerak → Berpeluh → Improve.

Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kelas?

Untuk sesi pertama, biasanya anda tidak memerlukan peralatan yang terlalu banyak.

Antara perkara asas yang boleh disediakan:

  • Pakaian sukan yang selesa
  • Air minuman
  • Tuala
  • Sarung tangan kickboxing jika diperlukan
  • Hand wraps
  • Sikap terbuka untuk belajar

Jika anda belum mempunyai peralatan sendiri, tanyakan kepada gym atau coach terlebih dahulu tentang peralatan yang diperlukan untuk beginner.

Kickboxing Untuk Fitness, Bukan Semestinya Untuk Competition

Ini mungkin perkara paling penting untuk difahami.

Anda tidak perlu mempunyai impian untuk menjadi fighter untuk belajar kickboxing.

Anda boleh datang hanya kerana mahu:

  • Lebih aktif
  • Membina stamina
  • Meningkatkan koordinasi
  • Belajar sesuatu yang baru
  • Mengurangkan berat badan
  • Mengeluarkan peluh
  • Mengurangkan masa sedentari
  • Mempunyai rutin senaman yang lebih menyeronokkan

Combat sport boleh menjadi aktiviti fitness, bukan semata-mata jalan menuju pertandingan.

Jadi, Adakah Kickboxing Sesuai Untuk Beginner?

Kalau anda seorang wanita/lelaki dewasa yang:

  • Sudah lama kurang aktif
  • Mahu mencari aktiviti baru
  • Mahu meningkatkan kecergasan
  • Mahu menurunkan berat badan
  • Bosan dengan rutin gym biasa
  • Mahu aktiviti yang lebih aktif dan mencabar
  • Tidak berminat untuk menyertai pertandingan

Kickboxing boleh menjadi salah satu aktiviti yang boleh anda pertimbangkan.

Anda tidak perlu tunggu sehingga anda “cukup fit” untuk bermula.
Anda bermula dahulu.

Kemudian fitness itu dibina secara berperingkat melalui latihan yang konsisten.

Cuba Kickboxing Di Titan Combat, Shah Alam

Di Titan Combat, kelas Kickboxing kami direka untuk dewasa, termasuk mereka yang baru pertama kali mencuba combat sport.

Fokus latihan adalah kepada fitness, teknik asas, movement, padwork dan conditioning dan bukan semata-mata persediaan untuk pertandingan.

Jika anda berada di Shah Alam atau kawasan sekitar Klang Valley dan sedang mencari aktiviti baru yang lebih aktif, kickboxing mungkin sesuatu yang boleh anda cuba.

Tak pernah belajar kickboxing sebelum ini? Tak mengapa.
Anda boleh bermula dari asas.

Berminat Sertai Kelas Kickboxing Titan? KLIK SINI

Similar Posts