|

Adakah Taekwondo Selamat Untuk Kanak-Kanak? Panduan Ibu Bapa

“Taekwondo ni tak bahaya ke?”

Ini antara soalan yang sangat biasa ditanya oleh ibu bapa yang pertama kali mempertimbangkan untuk menghantar anak ke kelas taekwondo.
Apabila melihat kanak-kanak menendang, bergerak pantas dan melakukan latihan berpasangan, memang normal untuk ibu bapa tertanya-tanya tentang aspek keselamatan.

Lebih-lebih lagi apabila perkataan martial arts atau seni mempertahankan diri sering dikaitkan dengan pergaduhan dan pertandingan.
Tetapi sebenarnya, taekwondo untuk kanak-kanak tidak semestinya bermaksud anak perlu terus bertarung atau menerima hentakan.

Dalam kelas yang dikendalikan dengan betul, latihan biasanya bermula dengan asas seperti pergerakan, koordinasi, teknik, kawalan badan dan disiplin sebelum kanak-kanak diperkenalkan kepada latihan yang lebih mencabar.

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), seni mempertahankan diri boleh menjadi aktiviti yang baik untuk kanak-kanak apabila dilakukan mengikut tahap, dengan latihan dan pengawasan yang sesuai. AAP juga menekankan bahawa latihan kemahiran tanpa sentuhan patut diberi keutamaan sebelum kanak-kanak diperkenalkan kepada sparring atau latihan kontak.

Jadi, jawapan ringkasnya..

Ya, taekwondo boleh menjadi aktiviti yang selamat untuk kanak-kanak , tetapi keselamatan sangat bergantung kepada bagaimana kelas itu dijalankan.

Adakah Taekwondo Tidak Mempunyai Risiko?

Tidak.

Sama seperti bola sepak, badminton, gimnastik, berbasikal atau sukan lain, taekwondo juga mempunyai risiko kecederaan.

Tidak ada sukan yang 100% bebas risiko. Setuju?

Dalam kalangan kanak-kanak yang aktif bersukan, kecederaan yang biasa berlaku termasuk terseliuh, kecederaan otot dan kecederaan akibat penggunaan anggota badan secara berlebihan.

Dalam taekwondo pula, jenis kecederaan boleh berubah mengikut umur, tahap latihan dan sama ada latihan melibatkan sentuhan atau pertandingan.

Kajian terhadap atlet junior dalam pertandingan World Taekwondo mendapati kecederaan yang direkodkan banyak melibatkan bahagian kaki, muka, tangan dan anggota badan lain, dengan lebam sebagai antara kecederaan yang paling
kerap berlaku. Sumber kajian →PubMed Central (PMC)

Tetapi angka seperti ini perlu difahami dalam konteks.
Latihan taekwondo kanak-kanak biasa tidak sama dengan pertandingan kyorugi berintensiti tinggi.

Sebab itu ibu bapa perlu melihat bagaimana sesuatu kelas dijalankan, bukan hanya melihat nama sukan tersebut.

1. Anak Tidak Perlu Terus Buat Sparring

Ini salah satu perkara paling penting untuk ibu bapa faham.
Ramai yang membayangkan:

“Kalau masuk taekwondo, nanti anak kena lawan orang.”

Sebenarnya tidak semestinya begitu.
Untuk kanak-kanak yang baru bermula, fokus boleh diberikan kepada:

  • basic stance
  • footwork
  • teknik tendangan
  • koordinasi tangan dan kaki
  • keseimbangan
  • kawalan badan
  • stretching
  • fitness
  • pattern
  • disiplin
  • mengikuti arahan coach

AAP juga menyarankan agar kanak-kanak yang baru memulakan seni mempertahankan diri memberi tumpuan kepada bentuk dan perkembangan kemahiran tanpa sentuhan sebelum diperkenalkan kepada sparring.

Ini bermaksud anak boleh belajar taekwondo tanpa perlu terus menerima pukulan atau tendangan daripada rakan.

2. Sparring Perlu Mengikut Tahap Dan Kesediaan Anak

Sparring bukan sesuatu yang patut dilakukan secara sembarangan.
Apabila kanak-kanak sudah mempunyai asas teknik, kawalan badan dan pemahaman tentang arahan keselamatan, barulah latihan berpasangan boleh diperkenalkan mengikut kesesuaian.

Coach perlu mengambil kira perkara seperti:

  •  umur
  • pengalaman
  • tahap kemahiran
  • saiz fizikal
  • kawalan teknik
  • tahap keyakinan
  • kemampuan mengikuti arahan

Kanak-kanak yang baru masuk kelas tidak sepatutnya dilayan sama seperti pelajar yang sudah bertahun-tahun berlatih.
Progression itu penting.

3. Protective Equipment Sangat Penting Apabila Melibatkan Contact

Apabila latihan atau pertandingan melibatkan sentuhan, peralatan perlindungan memainkan peranan penting.

Dalam pertandingan International Taekwondo Federation, peralatan seperti headgear, Glove, shin guard, mouthguard dan peralatan perlindungan lain digunakan mengikut format pertandingan dan peraturan yang ditetapkan.

Tetapi ibu bapa juga perlu faham satu perkara,Protective gear mengurangkan risiko tertentu tetapi tidak menjadikan sukan bebas kecederaan.

Senang kata peralatan perlindungan yang sesuai penting dalam sukan kanak-kanak, tetapi atlet muda tidak sepatutnya menganggap protective gear boleh menghapuskan semua risiko kecederaan.

Sebab itu teknik, kawalan dan pengawasan coach tetap sangat penting.

Adakah Taekwondo Selamat Untuk Kanak-Kanak

5. Anak Yang Baru Bermula Tidak Perlu Pandai Bersukan

Ini antara kebimbangan ibu bapa yang paling biasa.

“Anak saya tak pernah bersukan.”
“Dia tak kuat.”
“Dia tak pandai tendang.”
“Dia pemalu.”
“Dia cepat penat.”

Itu sebabnya dia datang belajar.
Kelas beginner sepatutnya menjadi tempat untuk anak membina kemahiran secara berperingkat.

Pada awalnya, anak mungkin tidak mempunyai koordinasi yang baik.
Dia mungkin tersalah langkah.

Mungkin tidak dapat melakukan tendangan dengan betul.
Mungkin lambat memahami arahan.

Itu semua sebahagian daripada proses belajar.
Yang penting ialah latihan disesuaikan dengan tahap anak.

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Anak Mula Taekwondo?

Sebenarnya tidak perlu menunggu anak menjadi kuat atau atletik terlebih dahulu.

Apa yang lebih penting ialah kelas tersebut sesuai dengan umur dan tahap perkembangan anak.

Kanak-kanak yang belum pernah bersukan pun boleh bermula dengan latihan asas.
Mereka tidak perlu tahu menendang.

Tidak perlu fleksibel.
Tidak perlu kuat.
Tidak perlu pernah menyertai pertandingan.
Mereka datang ke kelas untuk belajar dan berkembang.

Baca Lagi : Adakah Taekwondo Buat Anak Jadi Ganas?

Similar Posts